Tiket perlawanan akhir Piala Malaysia boleh dibeli pada Sabtu

No Image Caption
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia boleh dibeli menerusi pautan www.tickethotline.com akan mula dijual pada Sabtu ini bermula jam 12 tengah hari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, senarai harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia mengikut empat tier bermula dengan general admission yang berharga RM50 dan RM70, premium general admission (RM80) serta premium grandstand (RM150).

“MFL telah menetapkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 adalah sama seperti harga tiket pada 2019. Meskipun MFL terpaksa menanggung peningkatan kos penganjuran tahun ini dan tiket hanya diperuntukkan sebanyak 20,000 tempat duduk, MFL masih mengekalkan harga tiket walaupun dengan jualan kuantiti tiket yang agak terhad.

“Buat masa ini, sejumlah 20,000 tiket akan dijual mengikut kapasiti penonton yang dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi MFL telah mengemukakan permohonan kepada MKN agar jumlah itu dapat ditambah.

“Selain itu MFL juga telah memohon untuk penonton dibenarkan makan dan minum di dalam stadium dan kami berharap permohonan itu akan mendapat pertimbangan sebaiknya daripada pihak MKN,” katanya dalam satu kenyataan rasmi pada Selasa.

Untuk rekod, perlawanan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan.

Artikel Berkaitan: