Beberapa kawasan sekitar Ampang dilanda banjir kilat

Beberapa kawasan di sekitar Ampang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama lebih satu jam lewat petang tadi. - Foto ihsan pembaca/media sosial
Beberapa kawasan di sekitar Ampang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama lebih satu jam lewat petang tadi. - Foto ihsan pembaca/media sosial
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di sekitar Ampang, di sini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama lebih satu jam lewat petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, kawasan yang terlibat adalah Jalan Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan yang dinaiki air setinggi 1.5 meter akibat limpahan air dari longkang berhampiran kawasan berkenaan.

“Bomba berjaya menyelamatkan tiga mangsa di Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan.

"Pasukan bomba bersiap sedia di lokasi sekiranya terdapat keperluan untuk memindahkan mangsa," katanya ketika dihubungi malam ini.

Sementara itu, Norazam berkata, pihaknya sedang menyelamatkan seorang lelaki, dua wanita serta lapan kanak-kanak yang terkandas akibat kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali, Selangor pada 7.40 malam tadi.

Beliau berkata kesemua mangsa yang berumur lingkungan setahun hingga 65 tahun kini berlindung di sebuah pondok yang mempunyai bekalan elektrik di tepi sungai berkenaan.

“Keadaan sungai ketika ini amat deras dan kerja-kerja menyelamat sedang dilaksanakan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: