Dua kedudukan ADUN PN belum terjawab

Mohd Aleef (kiri) dan Dr Mohd Yadzil masing-masing memenangi kerusi DUN Sungai Udang dan DUN Bemban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang lalu.
Mohd Aleef (kiri) dan Dr Mohd Yadzil masing-masing memenangi kerusi DUN Sungai Udang dan DUN Bemban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang lalu.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri belum memutuskan kedudukan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu Perikatan Nasional (PN) sama ada akan menyertai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) atau sebaliknya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, Barisan Nasional (BN) akan melakukan perbincangan bersama pucuk pimpinan sebelum membuat keputusan.

Menurutnya, walaupun pentadbiran pusat masih di bawah kerjasama kerajaan PN namun senario Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang menyaksikan BN bertanding solo perlu diambil kira.

"BN bertanding secara solo. Jadi saya perlu berbincang bersama pucuk pimpinan dan kita akur apa juga keputusan yang," katanya kepada media selepas meneruskan tugasnya pada hari pertama di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini pada Isnin.

Sulaiman yang sebelum ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 secara rasmi meneruskan tugasannya selepas BN berjaya membantu kerajaan dengan kemenangan besar.

Keputusan rasmi menunjukkan BN yang diwakili UMNO, MCA dan MIC berjaya mendapat 21 daripada keseluruhan 28 kerusi.

Senarai barisan Exco Kerajaan Negeri juga akan diumumkan pada minggu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya wakil rakyat semua pengundi Sungai Udang'

Artikel Berkaitan: