Lelaki rugi RM1,680 ditipu pinjaman wang peribadi

Mohd Wazir Mohd Yusof
Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A
A

KUANTAN - Tindakan berani seorang lelaki membuat pinjaman peribadi dengan sebuah syarikat yang hanya diketahui kewujudannya di Facebook mengundang padah apabila ditipu RM1,680.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula selepas mangsa berusia 27 tahun melayari laman sosial sebelum terjumpa laman Facebook milik sebuah syarikat menawarkan pinjaman wang berlesen, pada 27 November lalu

Menurutnya, mangsa yang berminat dengan tawaran menarik yang dipromosikan itu mengisi borang di Facebook berkenaan untuk membuat permohonan pinjaman wang sebanyak RM20,000.

"Pada 28 November, pengadu menerima panggilan daripada seorang perempuan mengatakan pinjamannya telah diluluskan dan perlu membuat kiriman sebanyak RM680 sebagai wang pendaftaran.

"Setelah memasukkan wang ke dalam akaun Cimb milik seorang lelaki Melayu, mangsa disuruh memasukkan RM1,000 sebagai wang insurans pinjaman dan mangsa telah memasukkan wang tersebut dalam akaun Cimb milik lelaki India pula," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata pada hari yang sama, mangsa telah menghubungi ayarikat tersebut untuk bertanyakan tentang wang pinjaman miliknya dan wakil syarikat berjanji wang akan dimasukkan segera.

Menurutnya, sehingga hari ini mangsa tidak menerima wang tersebut dan telefon tidak berangkat apabila mangsa menelefon syarikat tersebut beberapa kali.

"Akibat berasa ditipu, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: