Parlimen: Ucapan sulung Agong jadi perhatian

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dijadual menyempurnakan istiadat perasmian pada 10 pagi di Dataran Parlimen.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dijadual menyempurnakan istiadat perasmian pada 10 pagi di Dataran Parlimen.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-14 bermula hari ini.

Seluruh negara bakal tertumpu kepada titah ucapan perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada majlis pagi ini yang akan disiarkan secara langsung melalui televisyen dan juga ‘live stream’ di Internet.

Ini merupakan ucapan sulung Seri Paduka sejak dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari tahun ini.

Baginda dijadual menyempurnakan istiadat perasmian pada 10 pagi di Dataran Parlimen dan kemudian berangkat untuk menyampaikan titah perasmian di Dewan Rakyat.

Persidangan kali ini dijangka menarik dengan perbincangan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berhubung langkah kerajaan untuk meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan hak asal Sabah dan Sarawak.

Parlimen juga mencipta sejarah apabila ahli Parlimen orang asli pertama iaitu Ahli Parlimen Cameron Highlands yang baharu, Ramli Mohd Nor mengangkat sumpah pada Selasa.

Beliau dipilih ke Dewan Rakyat setelah memenangi PRK Parlimen kawasan itu Januari lepas.

Dalam pada itu, trafik menuju ke Parlimen pagi ini dilaporkan lancar.

Artikel Berkaitan:

Sesi kali ini akan bersidang selama 20 hari sehingga 11 April. - Bernama