BN cipta kejutan menakjubkan dalam PRN Melaka

Sebahagian ahli Barisan Nasional (BN) bersorak gembira selepas parti itu menang majoriti 2/3 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.
Sebahagian ahli Barisan Nasional (BN) bersorak gembira selepas parti itu menang majoriti 2/3 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) berjaya mencipta kejutan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila memenangi lebih 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri.

Antara kerusi yang dimenangi BN ialah Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Kelebang dan Merlimau.

Turut mengejutkan dalam pilihan raya tersebut ialah kemenangan MCA dan MIC yang masing-masing mendapat satu kerusi dan mengalahkan lawan masing-masing.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 9 malam, Pakatan Harapan (PH) memenangi tiga kerusi DUN menerusi DAP manakala Perikatan Nasional (PN) gagal mendapat sebarang kerusi.

Calon Ketua Menteri Melaka dari BN, Datuk Seri Sulaiman Md Ali turut menenangi DUN Lendu apabila memperoleh 4,521 undi berbanding 1,382 undi calon PN dan 1,155 undi untuk calon PH.

Bagi DUN Bukit Katil, bekas Ketua Menteri Melaka era PH, Adly mendahului undi iaitu sebanyak 4,706 undi berbanding calon BN (3,668), PN (2,394) dan Bebas (67).

Sementara itu, nasib calon Ketua Menteri PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang bertanding kerusi DUN Tanjung Bidara diketepikan lawannya, daripada BN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: