BN tewaskan calon Ketua Menteri PN di Tanjung Bidara

Gambar dari kiri: Ab Rauf Yusoh, Mas Ermieyati
Gambar dari kiri: Ab Rauf Yusoh, Mas Ermieyati
A
A
A

MELAKA - [DIKEMASKINI] Barisan Nasional (BN) secara rasmi memenangi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Calonnya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan meraih 3,559 undian.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan beliau mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga calon Ketua Menteri daripada parti itu.

Mas Ermieyati mendapat 3,195 undian menjadikan kemenangan BN dengan majoriti 364 undi.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan, Zainal Hassan mendapat 489 undian.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: