PRN Melaka: BN cipta kejutan

No Image Caption
A
A
A

MELAKA - Barisan Nasional (BN) mendahului persaingan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sehingga jam 8 malam Sabtu.

Keputusan keseluruhan tidak rasmi menyaksikan BN mendahului dengan lima kerusi daripada UMNO iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, Merlimau, Tanjung bidara, Ayer Molek dan Rim.

Manakala, Pakatan Harapan (PH) menerusi DAP memperoleh tiga kerusi iaitu di Ayer Keroh, Bandar Hilir dan Kota Laksamana.

Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun belum memperoleh sebarang kerusi.

Sementara itu, dua calon Ketua Menteri Melaka masing-masing, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dari BN dan Adly Zahari dari PH mendahului jumlah undi bagi kerusi DUN yang ditandingi.

Setakat jam 8 malam, DUN Lendu menyaksikan Sulaiman yang juga bekas Ketua Mentehari meri Melaka memperoleh 4,393 undi berbanding 1,360 undi calon PN dan 1,142 undi untuk calon PH.

Bagi DUN Bukit Katil, bekas Ketua Menteri Melaka era PH, Adly mendahului undi iaitu sebanyak 4,706 undi berbanding calon BN (3,576), PN (2,986) dan Bebas (67).

Nasib calon Ketua Menteri PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang bertanding kerusi DUN Tanjung Bidara pula diketepikan lawannya dari BN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Artikel Berkaitan:

Setakat jam 8 malam, Mas Ermieyati memperoleh 1,819 undi berbanding 2,087 diperoleh Ab Rauf, manakala PH memperoleh 252 undi sahaja.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my