BN mendahului majoriti kerusi

Barisan Nasional (BN) mendahului majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.
Barisan Nasional (BN) mendahului majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI]Barisan Nasional (BN) mendahului majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.

BN telah mendahului 19 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan setakat jam 8.11 malam.

Antaranya, DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Rembia, Gadek, Machap Jaya.

Selain itu, BN turut mendahului di DUN Durian Tunggal, Asahan, Pantai Kundor, Kelebang, Ayer Molek, Duyong, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai.

Manakala, Pakatan Harapan (PH) menerusi DAP memperoleh tiga kerusi iaitu di Ayer Keroh, Bandar Hilir dan Kota Laksamana.

Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun belum memperoleh sebarang kerusi.

Sementara itu, dua calon Ketua Menteri Melaka masing-masing, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dari BN dan Adly Zahari dari PH mendahului jumlah undi bagi kerusi DUN yang ditandingi.

Setakat jam 8 malam, DUN Lendu menyaksikan Sulaiman yang juga bekas Ketua Menteri Melaka memperoleh 4,393 undi berbanding 1,360 undi calon PN dan 1,142 undi untuk calon PH.

Artikel Berkaitan:

Bagi DUN Bukit Katil, bekas Ketua Menteri Melaka era PH, Adly mendahului undi iaitu sebanyak 4,706 undi berbanding calon BN (3,576), PN (2,986) dan Bebas (67).

Nasib calon Ketua Menteri PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang bertanding kerusi DUN Tanjung Bidara pula diketepikan lawannya dari BN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Setakat jam 8 malam, Mas Ermieyati memperoleh 1,819 undi berbanding 2,087 diperoleh Ab Rauf, manakala PH memperoleh 252 undi sahaja.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my