Tarikan Blue Hole Lahad Datu

Lubang Biru (Blue Hole) ditemui di Terumbu Tingkayu oleh sekumpulan penyelam skuba di Teluk Darvel. - Foto Bernama
Lubang Biru (Blue Hole) ditemui di Terumbu Tingkayu oleh sekumpulan penyelam skuba di Teluk Darvel. - Foto Bernama
A
A
A

LAHAD DATU - Teluk Darvel di Lahad Datu, diyakini mampu menarik kedatangan pelancong dunia berikutan penemuan tapak selam skuba yang ikonik dikenali sebagai ‘Blue Hole’ (Lubang Biru) di Terumbu Tingkayu, di situ, baru-baru ini.

Penemuan itu direkodkan pada 14 Februari lalu oleh sekumpulan penyelam skuba termasuk penyelidik dari Taman-Taman Sabah (TTS) yang mengikuti Ekspedisi Saintifik bagi mengumpul data sumber marin di Teluk Darvel.

Lebih menarik, Blue Hole itu ditemukan dengan dua struktur lubang biru, berbanding Blue Hole lain di dunia yang hanya ada satu lubang.

“Setiap satu berkedalaman 15 meter (45 kaki) ke dasar laut,” katanya dalam satu temu bual.