Kementerian Kewangan diarah selesai kenaikan harga baja, racun

Ismail Sabri (tiga dari kiri) ketika melawat tapak pameran di Majlis Pelancaran Benih Padi IS21 di Loji Pengeluaran Benih Asas dan Tapak Penyelidikan Padi, Lot 4993, Sungai Leman, di sini pada Sabtu.
Ismail Sabri (tiga dari kiri) ketika melawat tapak pameran di Majlis Pelancaran Benih Padi IS21 di Loji Pengeluaran Benih Asas dan Tapak Penyelidikan Padi, Lot 4993, Sungai Leman, di sini pada Sabtu.
A
A
A

SEKINCHAN - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kewangan (MOF) sudah diarahkan menyelesaikan isu kenaikan harga baja bagi membantu mengurangkan beban petani dan pesawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kabinet sudah berbincang mengenai perkara itu pada Jumaat kerana kerajaan memandang serius isu berkenaan.

"Harga baja meningkat kerana ia diimport daki luar negara. Walaupun ada antara syarikat di Malaysia termasuk koperasi masih mengeluarkan baja dan racun tetapi bahan mentah juga diimport dari luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Benih Padi IS21 di Loji Pengeluaran Benih Asas dan Tapak Penyelidikan Padi, Lot 4993, Sungai Leman, di sini pada Sabtu.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan akan cuba membantu petani menangani beban yang ditanggung golongan itu.

"Percayalah, masalah rakyat adalah masalah kerajaan dan kita tidak akan membiarkan bebanan tersebut ditanggung oleh mereka," katanya di sini pada Sabtu.

Ismail Sabri (dua dari kiri) ketika melawat tapak pameran di Majlis Pelancaran Benih Padi IS21 di Loji Pengeluaran Benih Asas dan Tapak Penyelidikan Padi, Lot 4993, Sungai Leman, di sini pada Sabtu.
Ismail Sabri (dua dari kiri) ketika melawat tapak pameran di Majlis Pelancaran Benih Padi IS21 di Loji Pengeluaran Benih Asas dan Tapak Penyelidikan Padi, Lot 4993, Sungai Leman, di sini pada Sabtu.

Baru-baru ini, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menubuhkan jawatankuasa bersama bagi menangani isu kenaikan harga baja dan racun.

Artikel Berkaitan:

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan bersama menjelaskan, ia sebahagian usaha bersepadu untuk meneliti cadangan tindakan dan kaedah penyelesaian bagai masalah itu.

Menurut kenyataan itu, jawatankuasa berkenaan akan mengenal pasti langkah-langkah lain dalam membantu petani dan pengusaha kecil yang berhadapan dengan isu kenaikan harga baja dan racun secara mendadak.