Guardiola dijangka rombak pemain

Guardiola - Foto Planet Sport
Guardiola - Foto Planet Sport
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola bakal melakukan rombakan bagi kesebelasan utama pasukan itu menjalang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), berdepan Everton pada Ahad setelah Kevin De Bruyne disahkan positif Covid-19.

Menurut pengendali City, Pep Guardiola, perkara berkenaan hanya diketahui pihak pengurusan pasukan dua hari lalu (Khamis) apabila pemain berkenaan pulang daripada tugasan bersama skuad kebangsaan Belgium bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022.

“Kami dapat tahu mengenainya dua hari lalu. Ketika itu, dia (De Bruyne) sudah pun berada di sini (bersama pasukan).

“Oleh itu, lupakanlah sejenak mengenai kecergasan, momentum kerana apa yang penting ketika ini adalah untuk sembuh.

“Lagi pun dia (De Bruyne), perlukan tempoh selama 10 hari bagi menjalani proses isolasi ketika ini dan diharapkan agar dia segera sembuh,” katanya.

Susulan itu, Guardiola dijangka bakal merombak kesebelasan pemain bagi berdepan Everton berikutan masalah kecederaan yang melanda beberapa pemain lain seperti Jack Grealish dan Phil Foden.

Grealish dilaporkan mengalami kecederaan ketika beraksi berdepan Albania pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 minggu lalu manakala Foden pula mengalami kecederaan pada kaki.

Untuk rekod City kini berada pada kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 23 mata hasil 11 perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Guardiola mengharapkan agar kesemua pemainnya sentiasa berhati-hati ketika beraksi dalam usaha membendung penularan Covid-19.

“Kita perlu lebih berhati-hati kerana ramai orang teleh meninggal dunia kerana Covid-19.

“Bagaimanapun, kita lega kerana De Bruyne telah pun menerima suntikan vaksin sebelum ini dan diharapkan sekali lagi dia cepat sembuh,” katanya.