KK Supermart, Uncle Kentang jayakan kempen Bendera Putih

KK Chai (tengah) menyampaikan sumbangan produk hasil kempen Bendera Putih kepada Chee Heng (dua dari kanan) untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.
KK Chai (tengah) menyampaikan sumbangan produk hasil kempen Bendera Putih kepada Chee Heng (dua dari kanan) untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedai serbaneka KK Supermart bekerjasama dengan platform e-dagang dalam talian, Shopee dan aktivis, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang dalam menjayakan kempen Bendera Putih sejak dua bulan lalu.

KK Supermart dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah membuat penyerahan produk hasil sumbangan kempen itu kepada Chee Heng untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, kempen Bendera Putih merupakan sebuah program e-sumbangan melalui medium ShopeePay yang memberi peluang kepada pengguna untuk mengambil bahagian menyumbang barang keperluan asas seperti beras, biskut, sardin dan kacang dalam tin.

"Program ini merupakan antara inisiatif terkini KK Supermart dengan perkhidmatan e-dagang dalam talian seperti ShopeePay bagi mengajak rakyat Malaysia untuk turut serta membantu komuniti melalui medium teknologi terkini secara mudah dan pantas," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Majlis penyerahan sumbangan produk hasil kempen berkenaan telah diserahkan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK, Datuk Seri Dr KK Chai bersama Chee Heng di Pusat Pengedaran KK di Balakong Jaya pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, pemilihan figura Chee Heng sebagai ikon untuk kempen tersebut dilihat sangat bertepatan dengan usaha aktivis berkenaan yang tidak pernah lelah membantu mereka yang dalam kesusahan tanpa mengenal latar belakang keluarga, kaum mahu pun agama.

Tambah kenyataan itu, selain daripada barangan daripada kempen e-sumbangan tersebut, KK Supermart turut memberi sumbangan lain seperti tuala wanita, minuman tenaga, serbuk minuman serta air mineral.

"Dr KK Chai turut memberikan sumbangan 150 unit beg jenazah bagi keperluan pasukan Chee Heng menguruskan sebarang urusan kecemasan atau kes-kes kematian.

Artikel Berkaitan:

"KK Supermart berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang sangat prihatin dan mengambil bahagian dalam kempen ini. Kami percaya bahawa sukarelawan seperti Chee Heng dapat mengagihkan sumbangan ini dengan jayanya kepada rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik," kata kenyataan itu.