Covid-19: 600 kotak makanan diedar bantu pihak terjejas

Tengku Amir (kanan) bersama Vanu merakamkam gambar bersama sewaktu majlis penyerahan sumbangan 600 kotak makanan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Ihsan Komuniti Belia Selangor
Tengku Amir (kanan) bersama Vanu merakamkam gambar bersama sewaktu majlis penyerahan sumbangan 600 kotak makanan di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Ihsan Komuniti Belia Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur dengan kerjasama Yayasan Raja Muda Selangor dan Komuniti Belia Selangor menyerahkan sumbangan 600 kotak makanan bernilai RM30,000 kepada keluarga memerlukan susulan pandemik Covid-19.

Pemberian sumbangan itu diserahkan kepada enam wakil masyarakat di Selangor bagi penerima di sekitar kawasan Sungai Buloh, Puchong, Klang, Selayang dan Gombak.

Menerusi satu kenyataan, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama berkenaan dalam membantu mereka yang berdepan masalah sewaktu pandemik Covid-19 ini.

"Kerjasama ini amat baik dalam membantu mereka yang terkesan dan semoga akan ada kolaborasi lebih bermakna pada masa hadapan," kata kenyataan itu.

Penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Tengku Amir bersama Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menon kepada wakil terlibat dalam majlis yang berlangsung di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu, Vanu berkata, Malaysia dan Singapura mempunyai hubungan erat dalam pelbagai aspek dan kerjasama itu diteruskan lagi menerusi pemberian sumbangan berkenaan.

"Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan bebanan ditanggung semua penerima terlibat selepas ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan: