Sulaiman, Ab Rauf undi di tempat tanding, Mas Ermieyati luar kawasan

Kibaran bendera Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan dilihat semakin meriah menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka 2021.- Foto Bernama
Kibaran bendera Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan dilihat semakin meriah menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka 2021.- Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini bakal menyaksikan pengoperasian 217 pusat mengundi di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 112 calon bertanding.

Antaranya, calon dan pembantu dihubungi Bernama berkata, wakil Barisan Nasional (BN) di DUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh akan mengundi di tempat sendiri iaitu Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Pulau Tanjung Bidara manakala calon kerusi Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali akan memangkah di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun, Masjid Tanah.

Calon-calon lain pula akan mengundi di luar kawasan mereka bertanding.

Calon Ketua Menteri bagi Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang bertanding di DUN Tanjung Bidara akan mengundi SK Ramuan China Besar manakala Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen iaitu calon DUN Telok Mas akan mengundi di Kompleks Sukan Komuniti Krubong.

Bagi calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron yang bertanding kerusi DUN Asahan akan menunaikan tanggungjawabnya di SK Jenis Cina (SKJC) Lih Jen di Pokok Mangga manakala calon Bukit Katil, Adly Zahari akan mengundi di SK Durian Tunggal, Alor Gajah.

Muka baharu calon BN yang bertanding di Asahan, Fairul Nizam Roslan akan mengundi di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin di Kampung Pengkalan Alor Gajah Melaka mempunyai 28 kawasan DUN dan seramai 495,195 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita. - Bernama

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: