Kelebihan orang seni, anak orang politik bukan jaminan kemenangan

Khadihirah (tiga dari kanan) menyapa pengamal media ketika Majlis Ramah Mesra Bersama Media di Cafe Markisa Chin Chin di Jasin pada Khamis.
Khadihirah (tiga dari kanan) menyapa pengamal media ketika Majlis Ramah Mesra Bersama Media di Cafe Markisa Chin Chin di Jasin pada Khamis.
A
A
A

JASIN - Bekas anak Ketua Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan (DUN) Rim, Datuk Khadihirah Abu Zahar tidak meletakkan kelebihan itu sebagai laluan mudah untuk mengekalkan kerusi BN dan menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Khadihirah berkata, seperti calon-calon lain, beliau terus meningkatkan momentum untuk turun berkempen menemui penduduk biarpun dalam kekangan masa dan keterbatasan SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan.

Menurutnya, walaupun ada yang mengenalinya sebagai anak orang politik dan orang seni, namun beliau tidak boleh cepat menarik brek untuk berhenti melakukan gerak kerja berkempen selagi belum sampai ke pecutan terakhir.

"Sebagai anak orang politik dan aktif dalam dunia seni, saya tidak anggap itu satu kelebihan dan boleh diambil mudah.

"Ada juga yang ingat saya berlakon ketika turun berkempen, namun saya berterusan kempen untuk memperkenalkan diri kepada pengundi.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Media di Cafe Markisa Chin Chin di Jasin pada Khamis.

Jelas beliau, lebih penting reputasi dan hasrat yang ingin dipersembahkan kepada pengundi merangkumi aspek sosial dan ekonomi sekali gus sebagai seorang pemimpin wanita muda.

Dengan tagline 'Rim Dihatiku', Khadihirah berharap diberikan peluang untuk menjadi wakil rakyat di kawasan itu yang merupakan kampung beliau.

Artikel Berkaitan:

"Peluang dan ruang yang ada ini dapat memperkenalkan saya sebagai calon dan kita akan menggelak cara-cara kempen yang tidak sihat pada saat-saat terakhir," katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my