Wanita dipukul dalam lif sebab gagal carikan jodoh

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengenal pasti punca seorang wanita dipukul seorang individu dipercayai penjawat awam dalam sebuah lif pada Selasa lalu akibat perselisihan faham.

Suspek dikatakan membayar wang sebanyak RM2,500 kepada mangsa untuk mencari calon jodoh, namun calon jodoh tidak ditemui dalam tempoh enam bulan menyebabkan suspek menyalahkan mangsa dan bertindak memukul mangsa.

Ketua Polis Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Idzam Jaafar berkata, kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu berlaku ketika suspek berjumpa mangsa yang sedang bekerja di pejabat di Jalan 2 Chan Sow Lin, Cheras Kuala Lumpur.

"Suspek kemudian membawa mangsa masuk ke dalam lif untuk turun ke bawah dan ketika itu suspek memukul mangsa menggunakan tangan di bahagian kepala," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Idzam berkata, mangsa mengalami pendarahan di kepala dan mendapat rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras Kuala Lumpur.

Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan seorang wanita dipukul seorang individu dalam sebuah lif.

Idzam memberitahu, pihaknya sudah mengenal pasti individu terbabit dan akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: