DUN Asahan

No Image Caption
A
A
A

Pemandangan di kebun pertanian dalam kawasan Asahan ketika tinjauan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021 hari ini.

Asahan merupakan sebuah pekan yang terletak di Daerah Jasin, Melaka dan antara aktiviti ekonomi utama di sini adalah pertanian manakala pusat pelancongan utamanya ialah Air Terjun Asahan dan Gunung Ledang.

Rata-rata masyarakat Asahan berharap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baru yang akan dipilih nanti akan membantu mereka dalam meningkatkan ekonomi pertanian di samping dapat membina sebuah stesen petrol untuk kemudahan mereka memandangkan stesen petrol terdekat adalah di pekan Selandar atau Jasin.

Kerusi DUN Asahan bagi PRN Melaka pada Sabtu ini bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Fairul Nizam Roslan (Barisan Nasional), B. Danesh (Perikatan Nasional), Datuk Seri Idris Haron (Pakatan Harapan) dan tiga calon Bebas iaitu Mohd Noor Salleh, Azmar Ab Hamid dan Mohd Akhir Ayob. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pokok tumbang

No Image Caption
GALERI

Kawalan sempadan PGA

No Image Caption
GALERI

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia

No Image Caption
GALERI

Panggung Bangsawan Melaka