Calon SPM parah jatuh tingkat empat bangunan sekolah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KULAI- Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan di sebuah sekolah di daerah ini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata pegawai penyiasat kes bersama sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kulai ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.26 tengah hari.

"Mangsa merupakan pelajar perempuan. Kejadian dipercayai berlaku setelah mangsa selesai menjalani ujian peperiksaan.

"Pihak sekolah kemudiannya menghubungi ambulan dan mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim Kulai bagi mendapatkan rawatan lanjut. Mangsa seterusnya dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah ( HSA) Johor Bahru.

"Mangsa mengalami pendarahan di bahagian kepala dan muka, kedua-dua tangan turut patah selain turut mengalami kecederaan dalaman," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Menurut Beng Yeow, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: