Messi, Iniesta mungkin kembali ke Barcelona

Xavi bersama Iniesta dan Messi ketika bersama Barcelona sebelum ini.
Xavi bersama Iniesta dan Messi ketika bersama Barcelona sebelum ini.
A
A
A

PRESIDEN Barcelona, Joan Laporta tidak menolak kemungkinan bahawa Lionel Messi dan Andres Iniesta akan kembali ke kelab tersebut masa akan datang.

Bercakap pada majlis mempersembahkan Dani Alves kepada lebih 10,000 peminat di Camp Nou, Laporta menyifatkan kepulangan bek kanan Brazil itu mungkin bukan satu-satunya pertemuan semula pada tahun-tahun akan datang.

Sebelum ini, Iniesta meninggalkan Barcelona untuk menyertai kelab Jepun Vissel Kobe pada 2018, manakala Messi berpindah ke Paris Saint-Germain pada Ogos lalu gara-gara Blaugrana tidak mampu untuk membayar kontrak dan gaji pemain Argentina itu susulan Balugrana mempunyai hutang lebih daripada €1.2 billion (RM5.6 billion).

“Saya tidak menolak kemungkinan Messi dan Iniesta akan kembali ke Barcelona kerana ia telah berlaku kepada Alves.

"Saya ucap terima kasih kepada Alves kerana memahami situasi yang dialami kelab dan mahu membantu kami.

"Alves adalah individu yang telah menjadikan kelab ini hebat sama seperti Messi dan Iniesta. Kami sentiasa mengingati mereka.

"Walaupun kini mereka mempunyai kontrak dengan kelab lain dan perlu menghormatinya, namun apa-apa boleh jadi pada masa hadapan," katanya.

Untuk rekod Alves merupakan pemain pertama yang di bawa masuk oleh Xavi selepas menjawat jawatan sebagai ketua jurulatih kelan Catalan itu.

Artikel Berkaitan:

Bek kanan itu menandatangani kontrak sehingga penghujung musim ini dan dijangka akan bermain pada Januari.