Figueroa puji aksi JDT

Pemain JDT, Diogo Luis Santo merampas bola daripada pemain PNKP FC, Amani Manual Aguinaldo pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 JDT menentang PKNP FC di Stadium Tan Sri Dato' Haji HAssan Yunos, malam tadi. Foto: Bernama
Pemain JDT, Diogo Luis Santo merampas bola daripada pemain PNKP FC, Amani Manual Aguinaldo pada perlawanan Liga Super Malaysia 2019 JDT menentang PKNP FC di Stadium Tan Sri Dato' Haji HAssan Yunos, malam tadi. Foto: Bernama
A
A
A

PENGURUS Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Luciano Figueroa memuji persembahan anak buahnya selepas berjaya menewaskan PKNP dalam aksi Liga Super 2019 di Stadium Larkin, di sini malam tadi.

Menurutnya, kesemua pemain telah mempamerkan permainan yang sangat baik dalam perlawanan tersebut.

"Selepas menghadapi perlawanan yang sukar ketika bertemu pasukan Kashima Antlers serta melalui perjalanan yang agak panjang, para pemain tetap memberikan seratus peratus untuk perlawanan ini.

"Saya mahu mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berjaya memenangi tiga mata penting pada malam ini. Kami kini berada di kedudukan teratas di dalam jadual liga dan kami sangat gembira," katanya selepas perlawanan tersebut di sini semalam.

Ditanya mengenai Akhyar Rashid, Figueroa berkata, pemain sayap lincah itu telah diturunkan dalam kesebelasan utama buat pertama kali dan memberikan aksi persembahan yang baik.

"Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, saya memerlukan kesemua pemain berada pada tahap yang sama. Mereka telah melalui kempen pramusim dengan baik dan bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa.

"Kami perlu menggunakan kesemua pemain kerana kami mempunyai banyak perlawanan. Mereka telah membuktikan yang mereka mampu lakukannya, saya amat gembira," katanya.

Beliau berkata, dalam perlawanan tersebut, JDT mengambil keputusan untuk meletakkan Nazmi Faiz dan Leandro Velázquez di bahagian tengah.

Artikel Berkaitan:

"Kerana kami tahu perlawanan ini akan menjadi perlawanan yang sukar, pasukan lawan menggunakan taktikal ‘sit back’ dan apabila mereka bermain seperti itu, bagi saya adalah sukar untuk kami memecahkan benteng pertahanan lawan," katanya.

Selain itu, Figueroa turut memaklumkan Natxo Insa kini telah menjalani rutin normal bersama pasukan.

"Kami akan melihat dahulu sama ada beliau sudah boleh diturunkan untuk bermain atau diletakkan di bangku simpanan pada perlawanan selepas ini iaitu perlawanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) bertemu pasukan Gyeongnam FC," katanya.