Jenazah Kapten Mohamad Affendi selamat dikebumikan

Jenazah Allahyarham yang tiba di tanah perkuburan itu jam 7.28 malam selamat dikebumikan pada jam 8.30 malam.
Jenazah Allahyarham yang tiba di tanah perkuburan itu jam 7.28 malam selamat dikebumikan pada jam 8.30 malam.
A
A
A

MUADZAM SHAH - [DIKEMAS KINI] Jenazah Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah di sini pada malam Rabu.

Jenazah tiba di rumah keluarga di Taman Redan Perdana di sini kira-kira jam 6.30 petang sebelum dibawa ke Masjid al-Muadzam Shah untuk disembahyangkan selepas solat Maghrib.

Jenazah dibawa ke tanah perkuburan kira-kira jam 7.30 malam dan selesai dikebumikan kira-kira jam 9 malam.

Upacara pengebumian disempurnakan dengan istiadat ketenteraan.

Hadir memberi penghormatan terakhir ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan; kedua-dua ibu bapa Allahyarham iaitu Bustamy Tuakal, 70, dan Razilah Daud, 52; serta isteri Allahyarham, Nurul Ezati Shari, 31.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat TUDM terhempas

Pesawat TUDM terhempas: Seorang terkorban, seorang cedera - Hishammuddin

Allahyarham Kapten Mohamad Affendi terkorban ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada Selasa.

Dalam kejadian pada jam 10.07 malam itu, pesawat jenis Hawk 108 yang diterbangkan terhempas ketika mendarat.

Kejadian itu turut mencederakan Mejar Mohd Fareez Omar, 33.

Artikel Berkaitan: