91.3 peratus anggota ATM sudah mengundi awal

Hishammuddin (kanan) dan Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong (kiri) bersama Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N14 Klebang Datuk Lim Ban Hong (tengah) menunjukkan dua jari sebagai simbolik calon nombor dua bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N14 Klebang di bilik gerakan BN Klebang, pada Rabu. - Foto Bernama

A
A
A

MELAKA - Sebanyak 91.3 peratus anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Selasa.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga ATM di Melaka yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang berlangsungnya proses membuang undi.

“Kira-kira 8,332 orang atau 91.3 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi awal adalah membabitkan anggota ATM di Melaka.

“Saya bangga kerana proses pengundian berjalan lancar, pematuhan SOP dan pembuangan undi yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berada pada tahap yang baik,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Rabu.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Bendahari Agung BN berkata, pihaknya menyerahkan kepada SPR untuk memberikan sebarang bentuk kelonggaran ketika hari pembuangan undi pada Sabtu ini termasuk membenarkan penyokong memakai baju berlambangkan parti.

"Kita sebagai jentera parti adalah untuk meyakinkan pengundi yang setia kepada kita supaya berani dan yakin menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: