Indeks Daya Huni Malaysia kaedah nilai mampan bandar

Ismail Sabri (dua, kanan) merasmikan buku Rancangan Fizikal Negara Keempat (RFN4) pada majlis Sambutan 100 Tahun Profesion Perancang Bandar di Malaysia (100PBM) pada Rabu. Turut sama, Reezal Merican (dua, kiri), Ismail (kanan) dan M Noor. - Foto Bernama
Ismail Sabri (dua, kanan) merasmikan buku Rancangan Fizikal Negara Keempat (RFN4) pada majlis Sambutan 100 Tahun Profesion Perancang Bandar di Malaysia (100PBM) pada Rabu. Turut sama, Reezal Merican (dua, kiri), Ismail (kanan) dan M Noor. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Indeks Daya Huni Malaysia bakal menjadi pengukuran berimpak tinggi kepada semua lokaliti khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memastikan perancangan perbandaran dirangka dengan mengambil kira kesemua kriteria di bawah Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN Ke-4).

"Indeks Daya Huni ini juga akan digunakan sebagai satu instrumen dasar ke arah menilai kemampanan bandar agar matlamat RFN Ke-4 dengan didasari Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dapat dicapai sebaiknya," katanya.

Menurutnya, Daya Huni menjadi satu instrumen penting dalam menarik pelaburan dan menjadikan persekitaran mesra pelabur di seluruh dunia.

"Ini termasuklah soal last-mile connectivity, akses kepada internet, akses kepada kemudahan awam dan pelbagai lagi faktor yang diambil kira dengan menjadikan rakyat sebagai teras utama penerima manfaat," katanya.

Beliau berkata, RFN ke-4 telah dirangka dengan tiga teras pembangunan utama, 11 hala tuju strategik dan 39 tindakan pelaksanaan bagi memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara makmur dan berdaya tahan dari segi ekonomi, alam sekitar serta keseimbangan sosial demi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.

"Ia menterjemahkan komitmen negara di peringkat global seperti Agenda Bandar Baharu (NUA) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta berperanan menjadi instrumen penyelarasan pembangunan antara kerajaan Persekutuan dan negeri.

Oleh sebab itu, RFN Ke-4 hendaklah menjadi satu rancangan boleh pinda strategik dalam merealisasikan aspirasi negara Berdaya Huni melalui kesemua teras," katanya dalam ucapan sambutan 100 Tahun Profesion Perancang Bandar di Malaysia sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia peringkat Kebangsaan, di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Timbalan Menteri, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk M Noor Azman Talib; serta Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Datuk Mohd Faidzal Hamzah.

Ismail berkata, profesion perancang bandar menjadi titik mula kesemua pembangunan fizikal negara yang merangkumi rancangan struktur serta rancangan tempatan secara menyeluruh di semua peringkat kerajaan.

"100 tahun bukan perjalanan yang singkat. Ini bermaksud profesion perancang bandar sudah melalui evolusi dan transformasi yang cukup panjang dalam membina negara tercinta," katanya.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menganugerahkan Tokoh Perancang Bandar Malaysia kepada Datuk Seri Maimunah Md Shariff atas pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Wanita Asia Pertama yang dilantik menjadi Pengarah Eksklusif Program Penempatan Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) pada tahu