Jaheaik buat laporan polis

Jaheaik dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook Bahagian Penguatkuasa Undang-undang Syariah Kelantan.
Jaheaik dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook Bahagian Penguatkuasa Undang-undang Syariah Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) membuat laporan polis berhubung penularan video dan gambar-gambar penguat kuasa dalam Operasi Tidak Sopan dan Khalwat di Pantai Nami, Senok, Bachok, Jumaat lalu.

Laporan dibuat semalam bertujuan mengharmonikan keadaan selepas isu tersebut ditularkan di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Jaheaik dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook Bahagian Penguatkuasa Undang-undang Syariah Kelantan semalam menyatakan isu berkenaan tular sehingga menimbulkan keaiban dan kegusaran masyarakat terhadap kredibiliti pegawai penguat kuasa agama tersebut dan seterusnya Jaheaik.

Dalam Seksyen 504 Kanun Keseksaan menyatakan, dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan, yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Laporan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (b) Akta Komunikasi dan Multimedia d kerana dakwaan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar, dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

Seksyen 27 bagi yang didakwa mengingkar, melanggar, membantah atau mengeji mana-mana Qadhi atau Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Negeri atau Penyelia Agama sewaktu menjalankan tugasnya adalah bersalah dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kenyataan itu turut menyebut, operasi Jumaat lalu berdasarkan kesalahan mengikut Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah No 2 Tahun 1985

“Sesiapa yang dengan sengaja melakukan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan Hukum Syarak di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, termasuk juga kesalahan di bawah seksyen ini berpakaian yang bertentangan dengan hukum syarak.

Artikel Berkaitan:

“Tindakan pegawai agama ketika di lapangan adalah bertanyakan tentang hubungan pasangan yang mencurigakan jika dalam keadaan melakukan perbuatan seperti contoh berdua-duaan, berdekatan (rapat) atau berpegangan tangan di khalayak awam apatah lagi bercumbu-cumbuan dan jika gagal mengemukakan apa-apa dokumen perkahwinan adalah bersalah dan akan dikenakan saman untuk tindakan undang-undang,” katanya.

Tambah kenyataan itu, jika pasangan tersebut dapat membuktikan status perkahwinan mereka (tanpa ada keraguan) akan dinasihatkan sahaja supaya tidak berlebihan di dalam perbuatan di khalayak awam walaupun berstatus suami isteri (boleh rujuk daripada jabatan mufti) dan tiada tindakan undang-undang diambil.

Berdasarkan rakaman video yg ditularkan tiada ungkapan perkataan dan perbuatan biadab dan kurang ajar ditunjukkan oleh pegawai penguat kuasa.