Malaysia bakal terima teknologi terapi laser proton rawat kanser

Ahmad Tarmizi (kiri) Anuwar dan Azman@Gusti di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Uthmaniah Properties Sdn Bhd dan Sempurna Gemilang Sdn Bhd Bagi Pembinaan Uthmaniah International Cancer Centre (UICC) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), d sini pada Selasa.
Ahmad Tarmizi (kiri) Anuwar dan Azman@Gusti di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Uthmaniah Properties Sdn Bhd dan Sempurna Gemilang Sdn Bhd Bagi Pembinaan Uthmaniah International Cancer Centre (UICC) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), d sini pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia bakal menerima teknologi terapi laser proton untuk merawat penyakit kanser dengan lebih efektif menerusi Uthamniah International Cancer Centre (UICC) yang dijangka dibina di Dengkil, Sepang.

Pengerusi Uthmaniah Properties Development Sdn Bhd, Datuk Ahmad Tarmizi Mohamad berkata, pembinaan pusat kanser antarabangsa itu merupakan antara enam projek di bawah projek Uthmaniah Medical City yang bakal dibina bermula Februari tahun depan dengan peruntukan sebanyak RM3 bilion.

Menurutnya, mesin yang menggunakan teknologi terapi laser proton dari Amerika Syarikat tersebut boleh dimanfaatkan seramai 50 pesakit dalam masa sehari dengan kemudahan sebanyak dua bilik.

"Antara kelebihan lain teknologi ini, ia mampu merawat kanser pada peringkat awal dikesan kerana tidak memerlukan masa yang lama. Bayi juga kita boleh kesan sel kanser melalui kaedah ini.

"Terapi laser proton ini menggunakan mata laser sehalus 0.025 milimeter yang boleh memecahkan sel kanser yang ada.

"Jadi ia lebih efektif dan kurang meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit yang dirawat," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Uthmaniah Properties Sdn Bhd dan Sempurna Gemilang Sdn Bhd Bagi Pembinaan Uthmaniah International Cancer Centre (UICC) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), d sini pada Selasa.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahmad Tarmizi mewakili Uthmaniah Properties Sdn Bhd dan Pengarah Urusan Sempurna Gemilang, Azman@Gusti Asari yang menandatangani MoU disaksikan Pengarah Operasi Sempurna Gemilang Sdn Bhd, Datuk Anuwar Awad.

Dalam pada itu, Anuwar berkata, projek yang bakal dibina di atas tanah seluas 10.98 hektar di Dengkil, Sepang itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut mengalu-alukan syarikat kontraktor G7 bertaraf bumiputera untuk menyertai projek di bawah pembinaan Uthamniah Medical City meliputi UICC, Uthmaniah Medical Research Center, Uthmaniah University, rumah kelab, dua buah blok kondominium untuk pesakit dan pusat rawatan.