Deretan tiga kilang IKS terbakar

Tiga premis IKAS di Sri Gombak terbakar pagi tadi.
Tiga premis IKAS di Sri Gombak terbakar pagi tadi.
A
A
A

GOMBAK - Deretan tiga kilang Industri Kecil Sederhana (IKS) berusia lebih 10 tahun di kawasan perusahaan kecil Sri Gombak di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Difahamkan api bermula dari kilang kitar semula minyak pelincir sebelum merebak ke kilang percetakan dan cop batik yang terletak bersebelahan.

Api marak membakar tiga premis IKS.
Api marak membakar tiga premis IKS.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Norizham Mohd Nudin berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan jam 6.12 pagi.

"Seramai 22 orang dengan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Rawang, Wangsa Maju dan Gombak Selatan dibantu Pasukan Bomba Sukarela Gombak dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya jentera di lokasi didapati berlaku kebakaran di kilang kitar semula minyak pelincir yang terbakar 80 peratus, kilang percetakan terbakar 60 peratus dan kilang cop batik terbakar 30 peratus.

No Image Caption

Menurutnya, bomba mengambil 30 minit masa diambil bagi mengawal kebakaran yang sudah merebak sebanyak 60 peratus ketika pasukan bomba tiba.

Artikel Berkaitan:

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya menggunakan satu aliran hos 60.96 meter, satu penyambung aliran (breeching) dan dua nozel air pam dari jentera dan pili bomba.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran ini," katanya.