Selangor kutip hasil RM2.2 bilion

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor memperoleh kutipan hasil sebanyak RM2.2 bilion meskipun dihimpit dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kutipan hasil di negeri itu juga menunjukkan 'surplus' (lebihan) berbanding di negeri lain yang menunjukkan pertumbuhan yang negatif dan capaian kutipan rendah

"Walaupun hampir lima bulan dihimpit PKP, namun hasil strategi digitalisasi serta komitmen penjawat awam, Alhamdulillah Selangor berjaya mencatatkan kutipan hasil yang memberangsangkan," katanya yang memuat naik status dan info grafik di Facebook beliau pada Selasa.

Amirudin berkata, pencapaian itu membuktikan Selangor terus unggul sebagai negeri yang memperoleh kutipan konsisten meskipun berdepan cabaran PKP.

"Selangor terus kekal dan teguh sebagai destinasi pelaburan dan gedung ekonomi negara," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: