'Belanjawan Johor 2019 lemah, tak relevan'

R Vidyanathan
R Vidyanathan
A
A
A
JOHOR BAHRU - Adun Kahang, R Vidyanathan menyifatkan Belanjawan Johor 2019 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian pada Khamis lalu lemah dan tidak relevan kerana tidak menekankan aspek pembangunan modal insan.

Dakwanya, banyak perkara yang dibentangkan oleh Kerajaan PH sama seperti kerajaan terdahulu.

"Adakah kerajaan pada hari ini tiada idea yang lebih segar untuk dibawa kepada rakyat ataupun sememangnya inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu bersifat ‘evergreen’ dan amat praktikal?

"Contoh inisiatif yang sama termasuklah biasiswa Kenangan Dato’ Onn, tuisyen Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tuisyen E-learning, pembangunan karakter murid Johor, tabung latihan kemahiran Johor serta program transformasi minda insan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan perbahasan pada Sidang Dun Johor ke-14 di Kota Iskandar, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Vidyanathan mendakwa, inisiatif yang ditiru hanya berbeza pada nama sahaja.

"Antaranya adalah penjenamaan Unit Swadaya Insan kepada Strategik Modal Insan tanpa melaksanakan usaha bagi memastikan unit ini dapat berfungsi dengan lebih berkesan.

"Inisiatif dan peranan unit ini semakin hari semakin hilang daripada perhatian rakyat sedangkan pada awal penubuhan unit berkenaan begitu banyak mendatangkan faedah kepada Bangsa Johor," katanya.

Katanya, hala tuju unit berkenaan juga semakin tidak jelas dan kerajaan pada hari ini juga tidak memperkasakan unit ini dari segi fungsi, peranan dan tugas pegawai.
Artikel Berkaitan:


Jelasnya, kerajaan negeri juga tidak beri perhatian khusus isu pekerja asing dan isu pendatang asing tanpa izin (Pati) yang membanjiri negeri ini.