Calon Putra bawa 3 isu ke peringkat persekutuan jika diberi mandat

Mohd Aluwi tampil menerusi sebuah video klip di YouTube.
Mohd Aluwi tampil menerusi sebuah video klip di YouTube.
A
A
A

SHAH ALAM - Calon daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohd Aluwi Sari akan membawa tiga isu semasa di Melaka ke peringkat negeri dan persekutuan sekiranya diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini.

Mohd Aluwi berkata, tiga perkara utama yang akan dibawa ke peringkat negeri dan persekutuan ialah isu pendidikan, ekonomi dan masalah banjir di Melaka.

“Saya ingin menawarkan perkhidmatan kepada pengundi-pengundi di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu pada tahun 2021. Saya merayu agar yang keluar mengundi nanti memilih Putra kerana parti ini mempunyai konsep bersih dan bermoral.

“Sekiranya saya diberi mandat dan kepercayaan oleh pengundi-pengundi di DUN Pengkalan Batu, saya sesungguhnya berikrar dan berjanji untuk memastikan isu pendidikan terutama sekali di peringkat sekolah rendah, menengah, universiti awam dan swasta diberikan keutamaan.

“Seterusnya adalah isu pinjaman biasiswa dan bantuan pengajian tinggi yang saya mahu bawakan ke peringkat negeri dan kerajaan persekutuan,” katanya melalui sebuah video klip di YouTube.

Mohd Aluwi berkata, pihaknya juga akan menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan-graduan universiti yang masih belum mendapat pekerjaan serta lepasan sekolah yang memerlukan pekerjaan.

Tambah beliau, dengan pengalaman yang ada, masalah banjir di Melaka juga akan diselesaikan.

Artikel Berkaitan: