Van Gaal sahkan De Vrij tidak beraksi berdepan Norway

De Vrij. - foto gettyimages
De Vrij. - foto gettyimages
A
A
A

PENGENDALI Belanda, Louis Van Gaal mengesahkan pemain pertahanan Stefan De Vrij, dan tidak akan diturunkan pada aksi terakhir Kumpulan bagi kempen Kelayakan Piala Dunia Zon Eropah berdepan Norway pada Rabu, berikutan masalah kecederaan.

Menurutnya, ketiadaan De Vrij dilihat bakal memberikan sedikit kesulitan buat skuad The Oranje itu yang mahu melakar kemenangan di hadapan penyokong sendiri untuk layak secara automatic ke Piala Dunia kali ini.

“Perlawanan berdepan Norway ini adalah perlawanan penting buat kita untuk mara ke Piala Dunia tahun depan.

“Namun, malangnya, kita mungkin tidak dapat menurunkan barisan terbaik pada perlawanan berdepan Norway nanti berikutan masalah kecedeaan De Vrij.

“Bagaimanapun, yakin dapat menurunkan pemain lain yang dilihat mampu menggalas tanggungjawab bagi mengemudi benteng pertahanan pasukan dan memastikan ia tidak dibolosi dengan mudah oleh jentera serangan lawan,” katanya.

De Vrij dikeluarkan pada minit ke-89 ketika terikat 2-2 berdepan Montenegro, Sabtu lalu dan diberitakan pemain berkenaan mengalami kecederaan hamstring.

Belanda yang kini menghuni kedudukan teratas Kumpulan G dengan 20 mata, berdepan risiko tidak layak ke Piala Dunia sekiranya tewas kepada Norway manakala Turki mencatatkan kemenangan ketika berdepan Montenegro pada aksi terakhir, Rabu ini.

Sementara itu, Van Gaal mengharapkan agar jentera serangan Oranje lebih agresif dalam usaha merobek gawang Norway pada perlawanan kali ini dan sekali gus membantu merealisasikan kemenangan.

Artikel Berkaitan:

“Kita seharusnya menang dengan Montenegro, tetapi kita tidak melakukannya, oleh itu kita tidak boleh tewas pada perlawanan ini.

“Kita tidak ada pilihan melainkan menang dan semua pemain dingatkan untuk beraksi dengan baik bagi menjamin kemenangan yang diharap-harapkan,” katanya.