MFL gesa semua pihak main peranan patuhi SOP

Stuart Ramalingan
Stuart Ramalingan
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL), menyambut baik saranan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Lian Tan Ker yang menasihatkan agar semua penggiat dan pemain industri sukan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, oleh yang demikian semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam mematuhi SOP yang ditetapkan supaya kelonggaran yang diberikan ketika ini tidak ditarik balik seterusnya akan memberi impak negatif kepada industri sukan.

“MFL sangat bersetuju dengan saranan Timbalan Menteri KBS agar semua pemain industri sukan mematuhi SOP yang ditetapkan sebab kita tak nak gelombang ketiga atau keempat berlaku di Malaysia.

“Jika perkara tersebut berlaku ia bukan sahaja beri impak kepada ekonomi tetapi industri sukan juga akan turut terkesan dan akan jadi tidak stabil.

“Justeru semua pemain industri perlu mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan penularan Covid-19,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Pada Sabtu, Tian Ker meminta agar semua yang terlibat dalam industri sukan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu memandangkan negara masih belum memenangi perang melawan Covid-19

Mengulas lanjut Stuart berkata, pihaknya memuji pematuhan SOP yang ditunjukkan pasukan bola sepak yang bertanding yang menyaksikan tiada apa-apa penularan Covid-19 berlaku di atas padang sejak dilaksanakan dua tahun lalu.

“SOP yang diketengahkan oleh FAM dan MFL adalah sangat tinggi kerana kita buat lebih daripada apa yang diperlukan yang mana ia atas daripada SOP kesihatan biasa.

Artikel Berkaitan:

“Sebab itu tiada kes penularan Covid-19 di atas padang. Malah baru-baru ini bila penyokong dibenar masuk ke stadium, SOP yang dilaksanakan pasukan yang bertanding juga bagus,” katanya.