Bas, van sekolah perlu utama keselamatan pelajar

Mohd Azrudin (tengah) ketika meninjau kawasan banjir di Lorong Sarang Helang, Bachang, Melaka pada Ahad.
Mohd Azrudin (tengah) ketika meninjau kawasan banjir di Lorong Sarang Helang, Bachang, Melaka pada Ahad.
A
A
A

MELAKA - Pemandu bas dan van sekolah termasuk di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu dinasihatkan agar mengutamakan keselamatan murid-murid sekolah yang menaiki kenderaan berkenaan.

Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Pengkalan Batu, Mohd Azrudin Mohd Idris berkata, ibu bapa dan penjaga telah memberi amanah kepada pemandu-pemandu berkenaan untuk menghantar anak-anak mereka pergi dan pulang dari sekolah dengan selamat.

"Oleh itu amat penting untuk pemandu van dan bas sekolah ini memastikan keselamatan murid-murid sekolah.

"Ini kerana kita tahu kanak-kanak pemikiran mereka tidak matang serta tidak berhati-hati ketika melintas jalan," katanya selepas mengadakan tinjauan kawasan banjir di Lorong Sarang Helang, Bachang di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohd Azrudin berkata, pemandu bas sekolah sebagai orang yang diamanahkan harus memastikan murid naik dan turun dengan baik serta selamat sampai ke destinasi sebelum meneruskan perjalanan.

“Nasihat dan ingatkan mereka untuk lebih berhati-hati dan beretika ketika naik dan turun bas," katanya.

Ujarnya, untuk memastikan kanak-kanak selamat ketika berada berhampiran van atau bas sekolah, mereka perlu diajar mengenai peraturan asas keselamatan bas sekolah.

"Pengusaha dan pemandu juga perlu melakukan pemeriksaan dalam aspek keselamatan seperti cermin kenderaan yang berkeadaan baik," katanya.

Artikel Berkaitan: