Menteri Kesihatan Tunisia letak jawatan susulan kematian 11 bayi

Abderraouf Cherif meletak jawatan sebagai menteri kesihatan Tunisia susulan kematian 11 bayi. - Foto tunisienumerique
Abderraouf Cherif meletak jawatan sebagai menteri kesihatan Tunisia susulan kematian 11 bayi. - Foto tunisienumerique
A
A
A

TUNIS - TUNISIA. Menteri Kesihatan Tunisia Abderraouf Cherif dilapor meletak jawatan semalam susulan kematian misteri 11 bayi di sebuah hospital di Tunis.

Kementerian Kesihatan negara itu berkata, kesemua bayi tersebut meninggal dunia antara 7 hingga 8 Mac lalu.

Peletakan jawatan Cherif terjadi hanya selepas empat bulan beliau memegang jawatan menteri kesihatan.

Pertubuhan pediatrik Tunisia memaklumkan menerusi laman Facebook, kematian tersebut mungkin disebabkan jangkitan darah, berpunca daripada produk intravena.

Sementara itu, Perdana Menteri Youssef Chahed berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan ke atas fasiliti perubatan dan farmaseutikal di kawasan terlibat.

Penjagaan kesihatan awam di Tunisia mempunyai reputasi sebagai salah satu yang terbaik di Afrika Utara, dan pelancongan perubatan merupakan sumber pendapatan yang besar bagi negara.

Namun, sejak penyingkiran Presiden Zine El-Abidine Ben Ali pada 2011, sistem tersebut dibelenggu masalah pengurusan dan kewangan.- BBC

Artikel Berkaitan: