PH sedia manfaat platform media arus perdana

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari (kiri) berucap pada sidang media di Graha Amanah Bukit Katil hari ini. - Foto Bernama
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari (kiri) berucap pada sidang media di Graha Amanah Bukit Katil hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) sedia menyalurkan maklumat mengenai calon parti itu bagi memanfaatkan platform media arus perdana selaras dengan kerajaan membenarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan poster dan biodata calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula pada Ahad.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, ruang tersebut perlu diberikan secara adil dan saksama kepada semua calon yang bertanding supaya pengundi di negeri itu dapat mengenali semua calon terutama muka baharu berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada PRN itu.

"Kita bersedia apa sahaja, ia mesti dimanfaatkan untuk rakyat dapat maklumat, kerajaan telah mengumumkannya cuma pelaksanaan ia dilihat masih agak lemah bagaimana mereka mahu dapatkannya dan di peringkat kita macam mana kami mahu salurkan profil calon untuk dimanfaatkan.

"Ia adalah ruang tambahan kepada calon-calon bertanding untuk memperkenalkan diri selain menggunakan media sosial," katanya kepada pemberita di Graha Amanah Bukit Katil di sini pada Ahad.

pada Sabtu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata, kerajaan membenarkan RTM menyiarkan poster dan biodata calon dan ia dialu-alukan sekerap mungkin, adil dan saksama.

Ia mengambil kira kesulitan calon berkempen selain pengundi yang kurang mengenali calon yang bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November, berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Oktober lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri. - Bernama

Artikel Berkaitan: