ADUN Morib nafi pukul isteri

Hasnul
Hasnul
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharudin menafikan dakwaan beliau memukul bekas isterinya seperti dilaporkan dalam sebuah portal pada Sabtu.

"Laporan itu dalam siasatan dan tindakan polis. Saya menafikan dakwaan tersebut.

"Saya akan mendapatkan nasihat peguam untuk portal yang menyiarkan berita prejudgement sebelum pihak polis mengambil tindakan selanjutnya," katanya menerusi WhatsApp ketika diminta mengulas berkenaan perkara tersebut.

Menurut laporan sebuah portal, bekas isterinya, Juliani Jalilah Abdullah, 38, membuat laporan polis berhubung isu tersebut di Balai Polis Daerah Kuala Langat pada bulan lepas.

Kata laporan itu, kejadian didakwa berlaku pada 21 Ogos, ketika kedua-dua mereka masih merupakan pasangan suami isteri.

Menurut laporan tersebut, wanita itu ditampar pada bahagian muka hingga menyebabkan bibirnya pecah ketika suaminya memohon untuk poligami.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Ahmad Ridhwan berkata, keterangan Hasnul, bekas isteri dan ahli keluarga telah diambil susulan laporan polis yang dibuat.

Artikel Berkaitan:

"YB (Yang Berhormat) dan saksi telah memberikan kerjasama yang baik dalam siasatan.

"Dalam minggu ini, kertas siasatan akan dirujuk kepada perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk arahan lanjut," katanya.