PRN Melaka: Poster, kain rentang, tiang bendera PN dirosakkan

Petugas menunjukkan poster calon PN yang dikoyakkan serta bendara PN yang didapati dicabut serta tiangnya dipatahkan. - Foto FB Wan Saiful Bin Wan Jan
Petugas menunjukkan poster calon PN yang dikoyakkan serta bendara PN yang didapati dicabut serta tiangnya dipatahkan. - Foto FB Wan Saiful Bin Wan Jan
A
A
A

SHAH ALAM - Menjelang seminggu sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, poster, kain rentang dan tiang bendera Perikatan Nasional (PN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana didapati dirosakkan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau menerima aduan daripada petugas mengenai kerosakan poster, kain rentang dan tiang bendera PN pada Sabtu.

Menurutnya, kejadian itu mengecewakan PN dan pihaknya menganggap situasi itu tidak sepatutnya berlaku.

"Saya telah mengarahkan jentera pilihan raya PN menyiasat jika ada kerosakan di DUN-DUN lain. Jentera Perikatan Nasional sedang memeriksa jika kerosakan ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Laporan akan kami buat kepada pihak berkuasa sekiranya kami mendapati ada unsur samseng dalam kempen ini," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Sabtu.

Beliau turut memuat naik gambar kerosakan berkenanan yang memaparkan poster calon PN dikoyak dan kain rentang serta tiang bendera dicabut dan dipatahkan.

Berikutan itu, Wan Saiful menyeru supaya semua parti politik yang bertanding berkempen dengan cara yang baik.

"Janganlah merosakkan bahan kempen parti lain.

Artikel Berkaitan:

"Budaya samseng dan budaya ekstrem mesti dihentikan serta-merta dan dipadam daripada landskap politik negara," katanya.

PRN Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 20 November ini diadakan berikutan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menterinya terdahulu, Datuk Seri Sulaiman Md Amin.