X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Tangguh PRN Sarawak jika kes Covid-19 meningkat: Anwar

Anwar ketika ditemui ketika sidang akhbar Townhall Undi18 Wacana Pemicuan Undi18 Negeri Selangor di Auditorium, Dewan Jubli Perak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini pada Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada Disember depan jika kes harian Covid-19 terus meningkat.

Anwar berkata, penangguhan tersebut perlu diteliti dan dibincangkan kerana ia melibatkan faktor keselamatan dan kesihatan rakyat.

Menurutnya, kalau kadar kesihatan membimbangkan, beliau bersetuju PRN Sarawak ditangguhkan, tetapi perlu melihat dahulu kepada data dan sains.

"Jangan mengulangi kesilapan ketika PRN Melaka, yang mana kerajaan UMNO telah menasihati Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, tapi beliau tidak meneliti pembubaran kerajaan Melaka.

"Kesannya kita tengok sekarang, prosedur operasi standard (SOP) tidak tentu arah kerana tindakan gopoh-gapah UMNO Melaka dan Mohd Ali yang menyebabkan orang Melaka menghadapi masalah," katanya ketika sidang akhbar di Townhall Undi18 Wacana Pemicuan Undi18 Negeri Selangor di Auditorium, Dewan Jubli Perak di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita pada Jumaat berkenaan rayuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan PRN Sarawak dalam keadaan kes Covid-19 dan kematian yang terus meningkat.

Baru-baru ini, Sinar Harian melaporkan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dr Annuar Rapaee berkata, Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak dijangka akan diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan Disember ini.

Katanya, perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya proklamasi darurat di Sarawak ditamatkan memberi laluan kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sekali gus menamatkan penantian untuk PRN12 yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!