Ratu Wiliame Katonivere angkat sumpah sebagai presiden baharu Fiji

Ratu Wiliame Katonivere. Foto internet
Ratu Wiliame Katonivere. Foto internet
A
A
A

SUVA - Ratu Wiliame Katonivere pada Jumaat mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Fiji dalam satu majlis di Dewan Negara, lapor Xinhua.

Menurut media tempatan, Katonivere mengangkat sumpah di hadapan Speaker Parlimen Ratu Epeli Nailatikau, delegasi kerajaan, diplomat dan tetamu jemputan.

Beliau menjadi presiden keenam Fiji sejak negara di pulau Pasifik Selatan itu memperoleh kemerdekaan dari Britain pada 1970.

Parlimen melantik Katonivere, bekas presiden parti FijiFirst sebagai presiden pada Oktober. - Bernama

Artikel Berkaitan: