Gadis Punjabi dinobat Miss Universe Malaysia 2019

Shweta Sekhon (dua, kiri) bersama peserta Miss Universe Malaysia 2019. - Foto Instagram Miss Universe Malaysia.
Shweta Sekhon (dua, kiri) bersama peserta Miss Universe Malaysia 2019. - Foto Instagram Miss Universe Malaysia.
A
A
A

GADIS berketurunan Punjabi, Shweta Sekhon, 22, dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2019.

Menerusi Instagram (IG) rasmi miliknya, Shweta melahirkan rasa terharunya dengan kepercayaan dan kemenangan yang diperolehi kali ini dan turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang banyak membantunya.

"Terima kasih banyak @elainedaly kerana menjadi mentor saya dan selalu memotivasi kami 18 perempuan untuk terus mencapai impian tanpa berpaling, seluruh organisasi @missuniversemalaysia, #TeamMUMO kerana bekerja siang dan malam bagi memastikan kami peserta menikmati setiap saat sejak hari pertama di sepanjang minggu ini.

"Terima kasih banyak keluarga, sahabat dan peminat tercinta di luar sana yang sentiasa mempercayainya dan memberika begitu banyak kasih sayang dan motivasi selama tiga bulan yang lalu," tulisnya.

Shweta Sekhon - Foto Instagram Shweta Sekhon
Shweta Sekhon - Foto Instagram Shweta Sekhon

Kemenangan Shweta tahun ini selain menepati ramalan ramai, pemilihan untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik itu dipersetujui ramai.

Malah, ada yang mencadangkan pihak organisasi menghantar Shweta untuk mengikuti kursus di Filipina yang terkenal dengan kualiti dan populariti dalam pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe.

"Sangat cantik. Suaranya sangat lembut dan dia juga sangat bagus dalam berbahasa Inggeris. Saya gembira dengan kemenagannya," tulis t_ara_fanvn.

Artikel Berkaitan:

"Dia adalah pilihan yang tepat untuk Miss Universe Malaysia! Tolong buat lebih banyak sesi fotografi dengannya ! Latihan berjalan dan buat hubungan yang baik dengan ratu lain di negara lain seperti Filipina dan Indonesia," tulis harithah93.

"Tahniah! Kepada gadis ini dan Malaysia. Anda mempunyai ratu yang luar biasa!," tulis missearch_pageantry. "Hantar dia ke Filipina nanti untuk latihan," tulis f.grace

Shweta menewaskan 18 peserta lain sebelum diumumkan sebagai juara.

Shweta yang bekerja sebagai model sambilan ini menerima hadiah wang tunai dan hadiah tajaan bernilai RM180,000 serta biasiswa pendidikan penuh dari HELP University.

Tiga finalis yang bersaing rapat dengan Shweta ialah Tessminderjit Kaur, 23, Lee Su Hsien, 25, dan Frist Yaw Hui Jing, 25.

Fakta menarik mengenai Shweta, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu pernah memenangi pertandingan Miss World Malaysia pada tahun 2016.