Afghanistan, Pakistan rancang tubuh suruhanjaya perdagangan

Gambar dari kiri: Amir Khan Muttaq, Shah Mahmood Qureshi
Gambar dari kiri: Amir Khan Muttaq, Shah Mahmood Qureshi
A
A
A

KABUL - Afghanistan dan Pakistan bersetuju menubuhkan suruhanjaya peringkat tinggi antara kerajaan yang akan menangani masalah berkaitan dagangan antara kedua-dua negara, lapor Sputnik, memetik Kementerian Luar Afghanistan.

Keputusan itu disepakati pada mesyuarat yang dihadiri Pemangku Menteri Luar Afghanistan yang dilantik oleh Taliban, Amir Khan Muttaq dan rakan sejawatannya dari Pakistan Shah Mahmood Qureshi pada Khamis.

Suruhanjaya itu dijangka ditugaskan untuk memantau pelaksanaan strategi perdagangan dua hala.

Bulan lalu, diplomat tertinggi Pakistan itu berkata kedua-dua negara bersetuju untuk memudahkan perjalanan antara negara.

Pada pertemuan berkenaan, Qureshi memperincikan inisiatif Islamabad berhubung Kabul, termasuk akses bebas pedagang Afghanistan ke semua pelabuhan Pakistan, pergerakan bebas kenderaan berat, penyambungan semula perkhidmatan bas penumpang, dan peningkatan trafik udara. - Bernama

Artikel Berkaitan: