X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Kulai perlu bersedia sebelum bergelar bandar raya

Hasni (tengah, belakang) bersama penerima geran hak milik generasi kedua Felda Inas di sini pada Khamis.
A
A

KULAI - Kerajaan Johor tidak mempunyai halangan untuk mempertimbangkan proses bagi menaik taraf daerah Kulai sebagai salah satu lagi penempatan bertaraf bandar raya di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad berkata, bagaimanapun perkara itu terlebih dahulu akan dinilai daripada keperluan semasa dan perkembangan sosio masyarakat di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, usaha itu bagi memastikan daerah itu benar-benar bersedia selain dijamin tidak akan memberikan kesan negatif kepada kepentingan rakyat di sana.

“Boleh sahaja kita pertimbangkan tetapi dengan syarat kebajikan, kepentingan dan kemudahan orang ramai juga sudah tersedia barulah molek daerah ini menjadi bandar raya.

“Tetapi kalau setakat gah pada nama sahaja sedangkan sampahnya bersepah, paritnya tersumbat atau jalan yang berlubang, macam mana kita hendak jadi sebuah bandar raya?” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Hak Milik Tapak Rumah (Tapak Ganti) Generasi Kedua Felda Inas di sini pada Khamis.

Hasni berkata, selain taraf penduduk, kerajaan juga melihat Kulai sebagai kawasan berpotensi besar untuk dibangunkan menerusi pelbagai sektor industri penting di negeri ini.

Justeru katanya, tumpuan secara menyeluruh akan diberikan melibatkan pelbagai sudut termasuk kesan ke atas penjanaan ekonomi setempat selain isu keselamatan yang agak dipinggirkan.

“Kita sudah adakan mesyuarat tapi bukan hanya soal pelaburan sahaja. Kita memikirkan dengan adanya pelaburan ini, maka kehadiran ramai pekerja asing dan adakah masyarakat tempatan selamat?

“Kehadiran warga asing yang diambil bekerja ini menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjaga keselamatan masyarakat setempat, jadi kita perlu ada cara untuk mengatasinya meskipun pembangunan terus diadakan di daerah Kulai,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!