KPN terima suntikan dos penggalak

Acryl Sani ketika menerima suntikan berkenaan
Acryl Sani ketika menerima suntikan berkenaan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani selesai menerima dos penggalak di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada Khamis.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasminya berkata, Acryl Sani dan beberapa pegawai kanan PDRM menerima suntikan penggalak berkenaan di Hospital Pakar KPJ Kuala Lumpur.

"Pemberian dos penggalak yang telah dilaksanakan kerajaan bermula 13 Oktober lalu bertujuan memastikan perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan Covid-19," kata kenyataan itu pada Khamis.

Zaini Jass turut menerima suntikan dos penggalak tersebut
Zaini Jass turut menerima suntikan dos penggalak tersebut

Menurut PDRM, antara pegawai kanan yang menerima suntikan penggalak termasuk Pengarah Pengurusan, Datuk Zaini Jass dan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Mat Kasim Karim serta beberapa pegawai kanan PDRM.

Artikel Berkaitan: