Sila log masuk terlebih dahulu.

Bandar Kuala Kangsar bakal jadi warisan kebangsaan

Nolee Ashilin (tengah) merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2021, di Dewan Jubli Perak, di sini pada Khamis.
Nolee Ashilin (tengah) merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2021, di Dewan Jubli Perak, di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Bandar Diraja Kuala Kangsar bakal diangkat sebagai warisan kebangsaan sekali gus bertujuan memartabatkan warisan Istana Bukit Chandan sebagai Tapak Warisan Bernilai Tinggi.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, perbincangan sudah dilakukan bersama Jabatan Warisan Negara untuk mendapatkan pengiktirafan berkenaan.

Beliau turut berharap bandar berkenaan menerima penarafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada masa akan datang.

"Kita harap perkara itu dapat direalisasikan pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2021, di Dewan Jubli Perak, di sini pada Khamis.

Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Zulqurnain Mohamad dan Pengarah [email protected], Asni Mustafa.

Beliau berkata, usaha itu juga antara projek pemacu yang akan dibentangkan dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2035 (penggantian).

Dalam perkembangan lain, Nolee Ashilin berkata, aktiviti pelancongan di negeri ini berjalan berjalan lancar walaupun jumlah kes Covid-19 masih tidak menentu.

Jelasnya, penginapan hotel juga mendapat permintaan tinggi seperti di Ipoh dengan 97 peratus penginapan hampir penuh.

Artikel Berkaitan: