[VIDEO] Penganggur didakwa bunuh teman wanita

Mohd Khairul Nizam (baju oren) didakwa mengikut 302 Kanun Keseksaan atas pertuduhan bunuh teman wanitanya di Mahkamah Majistret Taiping.
Mohd Khairul Nizam (baju oren) didakwa mengikut 302 Kanun Keseksaan atas pertuduhan bunuh teman wanitanya di Mahkamah Majistret Taiping.
A
A
A

TAIPING - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada Khamis atas tuduhan membunuh teman wanitanya, bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Khairul Nizam Ibrahim, 34, mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh.

Mengikut pertuduhan, Mohd Khairul Nizam didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Norfahizatul Syahira Sopa, 32, di sebuah bilik di Jalan Taman Mawar, Simpang di sini, kira-kira jam 2 petang pada 4 Oktober lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 20 Januari depan.

Media sebelum ini melaporkan penemuan tulang bahagian kaki di tebing sungai pada 27 Oktober lalu telah membongkar kejadian bunuh melibatkan seorang wanita berusia 32 tahun.

Siasatan lanjut yang dijalankan menjumpai bungkusan mengandungi rangka dan tulang dipercayai bahagian tubuh badan manusia dari bahagian kepala hingga ke pinggang dalam keadaan reput.

Artikel Berkaitan: