Mangsa banjir di Kedah menurun

APM Pendang sentiasa memantau perkembangan semasa banjir di daerah Pendang. - Foto APM Pendang
APM Pendang sentiasa memantau perkembangan semasa banjir di daerah Pendang. - Foto APM Pendang
A
A
A

ALOR SETAR - Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 287 orang daripada 79 keluarga setakat jam 8 pagi Khamis.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata, jumlah tersebut menurun berbanding 290 orang daripada 80 keluarga pada malam Rabu.

Menurutnya, setakat pagi Khamis tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pendang dan Kubang Pasu masih dibuka.

"PPS yang masih dibuka di Pendang adalah Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah, yang menempatkan 147 orang daripada 36 keluarga dan Dewan Cenderawasih yang menempatkan 55 orang daripada 19 keluarga.

"Di Kubang Pasu, satu PPS masih dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tradisi Lembah Keriang yang menempatkan 85 orang daripada 24 keluarga," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: