Penyanyi Aishiteru bakal berdepan hukuman mati

Vokalis kumpulan Zivilia dari Indonesia, Zulkifli atau Zul ditahan.
Vokalis kumpulan Zivilia dari Indonesia, Zulkifli atau Zul ditahan.
A
A
A

VOKALIS kumpulan Zivilia dari Indonesia, Zulkifli atau Zul ditahan oleh Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya kerana didapati menagih dan mengedar dadah.

Memetik laporan Tribune News dan Kompas, penangkapan itu disahkan sendiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Polis Daerah Metro Jaya, Kombes Suwondo Nainggolan.

“Benar, ditangkap,” katanya menjawab pertanyaan media negara itu.

Zulkifli
Zulkifli

Menurutnya, penyanyi lagu Aishiteru itu boleh dikenakan hukuman mati atau penjara sekiranya disabit kesalahan.

“Dengan barang bukti ini yang juga berkait dengan rakannya, Zul boleh dikenakan hukuman mati atau minimum 20 tahun penjara, bergantung kepada kesalahannya,” katanya.

Zul ditahan di apartmen Gading River View, Jakarta Utara pada 1 Mac lalu selepas polis menahan beberapa rakannya pada 28 Februari lalu.

Penyanyi itu ditahan ketika sedang membungkus dadah jenis syabu seberat 9.5 kilogram dan 24,000 pil ekstasi.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan siasatan awal, Zul mengakui baru dua kali mengedar dadah.

Polis juga memaklumkan, Zul berkemungkinan menjalankan jual beli dadah dari luar negara berdasarkan beberapa barang bukti.