X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 24 Januari 2022

Harga RON95, diesel kekal, RON97 naik dua sen

Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter kepada RM3.08 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 November. - Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter kepada RM3.08 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 November, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Rabu.

MOF dalam kenyataan memaklumkan, harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga runcit diesel kekal RM2.15 seliter dalam tempoh sama.

“Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan," katanya.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Kenyataan itu memaklumkan kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!