Mesyuarat dengan MB Selangor dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor Amiruddin Shari dijangka mengadakan pertemuan dengan semua pihak yang terlibat dalam kemelut berhubung pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya dalam tempoh terdekat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.
Exco Kerajaan Selangor V. Ganabatirau berkata anggota Kabinet daripada masyarakat India juga dijangka turut serta dalam pertemuan itu.
"Di peringkat kerajaan negeri, kita tidak akan mengingkari keputusan Mahkamah Tinggi yang menetapkan kuil itu perlu dipindahkan ke satu kawasan baharu dan sekarang kita perlu hadapi empat pihak yang berbeza pendirian dalam hal ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Perkasa bidas kenyataan Waytha, Ganabatirau]
"Berdasarkan undang-undang sedia ada saya cadangkan agar satu jawatankuasa di peringkat kerajaan pusat dapat ditubuhkan bagi menyelia isu sebegini, seperti di Selangor kita ada Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam. Malahan jika Hindu Endowment Board dapat ditubuhkan pun bagus juga," kata Ganabatirau. – Bernama
Kawalan di sempadan Kelantan dilaksanakan 24 jam - Saifuddin Nasution
Pulau Carey dijangka jana RM4.7 bilion KDNK, 115,000 peluang kerja
Depot imigresen sesak susulan operasi berterusan perangi pendatang asing - Saifuddin
Trend penyalahgunaan dadah bawah 15 tahun membimbangkan - Saifuddin Nasution
Baki penerima bantuan khas pemandu akan dibayar melalui EFT - Anthony Loke
Wanita maut tergelincir dari puncak air terjun ketika bersantai bersama rakan
Nik Nazmi akui individu ditahan JAIS, mohon maaf
Dua lelaki, seorang wanita dicekup khalwat di hotel
Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang belakang rumah
Pasaran saham Indonesia terancam jatuh setaraf Zimbabwe
