Zionis rampas bot nelayan Palestin

Tentera laut Israel mengekalkan kepungan laut ke atas Genting Gaza.
Tentera laut Israel mengekalkan kepungan laut ke atas Genting Gaza.
A
A
A

GAZA CITY - GENTING GAZA. Tentera laut Israel menahan dan merampas bot nelayan Palestin di utara Genting Gaza, semalam.

Malah, tentera Zionis turut bertindak keterlaluan apabila memaksa empat nelayan yang berada di atas bot berkenaan membuka pakaian dan berenang ke arah kapal peronda.

Ketua Persatuan Nelayan Gaza, Zakariya Bakar berkata, bot yang dirampas itu telah dibawa ke pelabuhan Ashdod di wilayah Israel.

"Tentera Laut Israel mengepung bot nelayan terbabit dan melepaskan tembakan amaran ke udara.

"Kemudian, semua nelayan terbabit dipaksa membuka baju dan diarah berenang dalam air laut yang sejuk.

"Ini satu lagi penindasan berterusan Israel ke atas rakyat Palestin," katanya.

Israel mengekalkan kepungan laut ke atas Genting Gaza yang dikuasai oleh pergerakan Islam Hamas.

Pekerjaan menangkap ikan merupakan salah satu industri terbesar di Genting Gaza, sebuah kawasan pesisir pantai yang didiami oleh hampir dua juta penduduk. - Agensi

Artikel Berkaitan: